
Cerita saya berperang dengan jerawat selama 8 tahun!
Berjuang untuk kulit tanpa jerawat!
Hai semua. Ini cerita saya. Cerita tentang kepayahan dalam melawan jerawat teruk selama 8 tahun. Selama itulah jerawat yang menyusahkan menjadi masalah paling besar dalam hidup saya. Lihat saja gambar saya beberapa tahun lepas, anda dapat lihat sendiri betapa ia menganggu.
Sekadar menjelaskan sebarang keraguan, kedua-dua set gambar adalah gambar saya sendiri. Sangat ketara kulit yang sihat itu dapat mempengaruhi penampilan dan keadaan kita! Ini bukan kisah pembedahan plastik, ini adalah kisah perubahan penjagaan kulit.
Kehidupan tanpa jerawat sangat berbeza. Saya dapat melihat cermin dengan yakin, berjalan-jalan tanpa rasa takut orang akan perhatikan kulit saya. Saya dapat berborak dengan rakan & sesiapapun secara berhadapan, hadir ke pelbagai event dengan bermacam pakaian cantik. Ia seperti saya diberi kehidupan baru!
Kenangan dan pengalaman yang menyakitkan
Jerawat menjadi masalah utama saya selama 8 atau 9 tahun. Saya telah mencuba pelbagai jenis penyelesaian tetapi ia hanya membawa sedikit perubahan. Selalunya masalah jerawat akan berulang lagi tidak lama kemudian. Ini menyebabkan saya menjadi separuh gila kerana ia juga telah mempengaruhi kerjaya saya. Saya pernah interview di sebuah radio stesen. DJ berpuas hati dengan kelayakan saya, tetapi akhirnya menolak saya kerana masalah kulit saya. Mereka inginkan pekerja yang dapat menarik minat penonton dengan "lelaki kacak dan wanita cantik". Dan mereka tidak mahu dengar: "Tengok! Budak jerawat tu team dorang lah! " dari penonton. Saya merasa sangat terhina dengan jawapan DJ itu, dan ia adalah one of my lowest point yang tidak akan dapat dilupakan sepanjang hidup. Saya sangka masalah jerawat saya dapat diselesaikan dengan kosmetik. Dan ia tak sepatutnya memberi kesan pada saya untuk mendapatkan pekerjaan. Yang lebih sedih, kulit saya sudah dirawat pada masa itu (wajah saya nampak okay dari jauh). Ia seperti mencurah limau kepada luka yang sedia ada. Pengalaman itu menyedarkan saya tentang satu perkara penting. Mata, telinga, hidung boleh dihias dengan make up ringkas, tetapi kulit yang buruk akan memusnahkan imej anda dengan mudah. (DJ itu mempunyai kulit yang sihat walaupun rupanya hanya seperti orang kebanyakan). Saya tiada pilihan kecuali mengaku pada diri sendiri yang keadaan kulit itu sangat penting!
Terjumpa Key's R
Saya dah cuba banyak dan pelbagai rawatan di salon kecantikan, tetapi semua hasilnya mengecewakan. Daripada doktor sampailah pakar kecantikan. Ubat pil, serbuk, krim sapu dan semua! Sehinggalah suatu hari, hidup saya berubah apabila saya pergi ke satu home-based beauty salon. Cosmetologist yang berpengalaman itu membersihkan kulit saya setiap dua minggu untuk membuka liang pori yang telah tersumbat. Selepas rawatan, dia mencadangkan saya menggunakan satu produk yang saya tak pernah dengar, iaitu Key's R. Selama ini saya dah membelanjakan lebih daripada lima angka untuk merawat masalah jerawat ini, dengan hasil yang sedikit atau tidak berkesan malah kadang menjadi lebih teruk. Harga produk yang cosmetologist itu syorkan sangat berpatutan. Jadi tanpa ragu-ragu, saya membelinya. Tidak lama kemudian, kemerahan kulit mula berkurang dan jerawat di wajah saya mula hilang. Akhirnya, jerawat tidak pernah kembali lagi. Saya masih tak percaya produk penjagaan kulit yang mudah sebegitu boleh membantu saya untuk menyingkirkan masalah yang telah menghantui hidup saya bertahun-tahun lamanya.
Berdisiplin, fokus dan tak berputus asa! - TIPS mengalahkan jerawat
Terdapat banyak produk anti-jerawat di pasaran, tetapi kesannya selalu berbeza-beza. Pengalaman saya dengan Key's R dan masalah jerawat telah mengajar betapa pentingnya menjaga kesihatan muka dengan menggunakan penjagaan kulit yang betul serta mengamalkan gaya hidup sihat. Kesihatan kulit berkait rapat dengan penjagaan luar dan dalam. Tiada satu pun produk tersebut akan berhasil jika kita tidak menjaga kesihatan diri kita sendiri. Terlalu banyak godaan seperti makanan berminyak dan nightlife sepanjang usaha merawat jerawat saya. Untuk mengekalkan kulit cantik yang sihat, kita perlu fokus pada membunuh "akar" jerawat, menjauhi kebiasaan gaya hidup tidak sihat dan gunakan produk yang sesuai. Kalau tidak, sebelum parut jerawat pudar, jerawat baru pula yang muncul. Tak kira betapa sukarnya keadaan ini dan betapa tidak adilnya dunia terhadap kita. Kita tidak boleh menjadi pesimis, dan jangan pernah berhenti untuk menghilangkan jerawat. Saya sendiri pernah berputus asa sekejap dalam merawat masalah jerawat ini. Tetapi Key's R dan gaya hidup sihat telah menyelesaikan masalah jerawat serta mengubah kehidupan saya! Jadi kawan-kawan, jangan pernah berhenti dalam perjalanan melawan jerawat, kerana ia boleh dikalahkan!
Di mana ada kehendak, di situ ada jalan
Kalau anda zoom in gambar saya, anda mungkin nampak parut kesan jerawat sebelum ini. Tapi saya melihat parut tersebut sebagai bukti kemenangan saya dalam perjalanan melawan jerawat.
Dan, tidak kira apa.. saya gembira wajah saya boleh dipulihkan menjadi kulit yang sihat seperti sekarang. Saya berpuas hati dengan kulit saya dan bersyukur atas perjalanan ini yang telah mengubah kehidupan saya!
Key's R sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi! Jika berminat, sila hubungi melalui Facebook keysrecipe atau whatsapp the admin!